Pages

♥ Followers ♥

Tuesday, February 22, 2011

headache@#$

Huh!! kalau nk diikutkan, setiap hari selasa & rabu adalah hari yang pling pack..nk tau sbb ape??
hmm..nk kata kelas pack, xd la byk sgt, tp sbjek pada hari tersebut, sgt la menggunakan kedua2 otak yg ada..hari selasa amik kelas akaun dan kemahiran berfikir ditambah pula dgn fakulti yang jauh2 belaka..gap masa pulak kalau boleh nk ak marathon la...pening pale gua...Kalau hari rabu subjek ekonomi, pertanian, dan marketing...penat gak la~huh!
Hari ini pulak ada test one kemahiran berfikir, ak xtau la ape function sbjek ni ada dalam syllabus aku..nk kata aku amik cikgu x, nk kata aku amik kaunselor x, mybe mereka2 yang dah tetapkan sbjek2 ni ada la maksudnye kan..nk suruh aku berfikir dgn lebih baik dan dapat membuat keputusan yang lebih baik lagi kott~~positive nye aku berfikir~~hua3

Mau pecah kepala ni~~

Time2 ni la ada byk bende yang nk kene fikir..Dan time2 ni gak la mcm2 nk jadi...Dan ape yg diperlukan sekarang ialah kesabaran..tu lah namanye dugaan hidup..tak kan kita nk hidup kita lateral je kan..mesti boring, bende sama je berlaku kat hidup kita..
Apa2 pun aku cube utk buat keputusan yang baik utk hidup aku, masa depan aku dan family aku..tu je yang penting sekali yang aku perlukan sekarang dan masa depan..
Ak pun dah x boleh nk berfikir dengan baik sekarang ni..mybe I need more rest~



Monday, February 21, 2011

Awesome~

Sangat sedap ini budak kecik menyanyi..xpdn dgn umur.. ak sempat menyinggah ke blog serius~~mmg serius ini blog, semuanya lah serius~~

budak ini bernama Maria Aragon, berketurunan Filipina tp menetap di Canada, dia baru berumur 10 thn..huh! mmg x pdn dgn bdn..she's so talented!

cube la dgr~best dan sedap dia nyanyi..(mcm lg sedap dari Lady Gaga nyanyi..haha)


Sunday, February 20, 2011

ekonomi~economy~ohhh

Tanggal 21 feb 2011 (Isnin), en.amir atau dikenali sbg en. amir encem..hahaha..xdla hensem, tp smart dan sgt sesuai sbg 'cikgu' ekonomi..(padahal dah tua, tp bg ak x tua sgt..boleh la tua cm ayah ak lbh kurang..haha)..nama gelaran tersebut hanya digunakan oleh saya dan my bff je..hik3..esok adalah ari yg pling menggerunkan, sbb en.amir encem dah wt test..(test je pun..bkn exam..)..aduss..takut dia tuhan je yg tau..

yela, byk gak la topik yg bakal ditanya esok..huhu..tawakal je la..semoga aku dan rakan2 yg lain dapat menjawab soalan test dia dengan baik..semoga ape yg ak bace mudah difahami..amin~

huhu..ak x suke sbnanye sbjek ni..bg ak sbjek ni agak complicated utk otak ak menerimanye..tp nk wt cane kan, dah kata pun student, terpakse la terima jugak..

My pinky stuff~ada lg sbnanye.. =)

Ini adalah the first model: The Circular Model, how the money flows in the market between firms and household..

Nak pecah kepada otak aku ni utk memahami term2 ekonomi ni..bg sape yg ada kelebihan utk memahaminye sgt lah beruntung..klu org yg jenis mcm ak ni, mmg x ley menerimanye...

Semua org x sama, ada kelebihan dan kekurangan masing2..ada yg pandai sbjek ni, ada yg pandai sbjek tu..hmm..toi x??hehe

So, kawan2!!

Semoga berjaya yerkk..

**pas test ekonomi, ada lg 1 test utk diperjuangkan..huhu..sbjek kemahiran berfikir..huk3..lg la ak x suke!!
Tasya~~~my little sis yg very the comel with abg nye, nabil..hehe..nabil pun comel gak~


chaoooo~~~

Salam

Thursday, February 17, 2011

hard~


kalau time sekolah2 dulu, ak ada gak terfikir, mst seronok and x sabar bila dah besar nnt..mesti best, dpt pkai cantik2, matured, bergaul ngan pelbagai dan mcm jenis ragam org..time tu terfikir mcm x sabar btul nk jadi org besar a.k.a dewasa la..hmm..

tapi, ble dah besar dh dewasa terasa mcm nk jd kecik balik..huhuhu..mcm syok je jadi baby balik...ramai org pegang2, ramai org syg and manje kan kita..ramai org cium2 kita sbb geram comel sgt...wahh..mst best jadi budak kecik balik..ape yg kita nak boleh dikatakan semua boleh dpt la..best2~

Hakikatnye, kita x boleh nk berpatah balik, dan berundur semula ke masa silam dan lampau..Realitinya, kita perlu menghadapi apa jua rintangan yang akan dtg pada diri kita nih...don't give up too fast..buat sehabis yang boleh dan yg termampu utk menghadapinye...kita hanya mmpu merancang, tapi hanya Allah sahaja yg boleh menentukannya..

Aku hanya mampu berserah, dan berdoa sahaja dengan ape yg berlaku dan redha dengan ape jua yg akan tiba pada masa akan datang...huhu...semoga segala keputusan yg ak buat mendapat keredaanNya..amin~

Kalau boleh x nak r smpai jd mcm kat dlm gambar ni..termenung cm tu..termenung2 la jugak kan..tp berpada2 k..hehe..

Monday, February 14, 2011

Maulud Nabi


Esok bersamaan 15 feb 2011 adalah Hari Maulidur Rasul, yang mana kita sedia maklum iaitu pada tanggal 12 Rabiulawal Tahun Gajah, adalah hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.

Jadi, disini saya ingin mengucapkan Selamat Manyambut Hari Maulidur Rasul..Berbanyak-banyakkanlah berselawat ke atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad S.A.W..Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

** Hari ni 14 feb mst ramai yg tau ini adalah tarikh ape kan??so, xpyh lah den nk cer lagi..so. pilih lah mana yang anda suke?? Valentine OR Maulud Nabi?? For sure I choose Maulud Nabi.. Say no to Valentine..

Perjalanan hidupku..



Perjalanan hidupku masih panjang lagi..
Tidak perlu kisah tentang benda yang tidak memberi faedah kepada diriku ini..
Better and the best thing if u can make miracle and give benefits to yourself..
Don't care about others..

But care about yourself and family..
Really2 need their spirit!kiki


miss my family~

**this pic x ckup korum ni..ada lg nih..xpela..ni je yg ada in my lappy..
its ok it alright!

Friday, February 11, 2011

'Delete' 14 Februari Dalam Kalendar Minda Kita!

Apa istimewanya tanggal 14 Februari? Ia disambut dengan penuh kegembiraan oleh sebilangan besar rakyat dunia pada masa kini. Saban tahun, ramai tertunggu-tunggu akan tibanya tarikh tersebut. Kononnya ia adalah hari kekasih yang mana merupakan detik yang tepat buat pasangan yang hangat bercinta meluahkan rasa kasih dan cinta sesama mereka. Tidak kira dalam bentuk apa sekalipun, asalkan hasrat hati mereka tercapai.

Jika diperhatikan, budaya menyambut hari kekasih ini sudah mendapat tempat dan begitu popular dalam kalangan masyarakat kita termasuklah yang beragama Islam. Ia lebih tertumpu kepada golongan remaja biarpun ada dalam kalangan kita yang sudah berumahtangga sekalipun turut sama meraikan.

Menyimpang

Hari kekasih begitu sinonim dengan pemberian hadiah berupa coklat dan bunga mawar merah. Ia adalah lambang kasih sayang yang sangat istimewa yang diberikan. Bunga mawar dipersembahkan dalam hiasan dan balutan yang cantik manakala coklat pula disampaikan dengan bentuk dan kotak yang menarik sama ada berbentuk hati dan sebagainya. Tidak cukup dengan hadiah, ada yang meraikan dengan makan malam istimewa dan juga 'pembuktian' ketulusan cinta yang dibina. Walaupun ia jauh sekali menyimpang daripada budaya dan syariat umat Islam, namun kerana nafsu, ia dikira 'halal'.

Hari ini, umat Islam terpaksa berhadapan dengan pelbagai bentuk ancaman sama ada dari sudut budaya mahupun agama. Kita telah dijajah dari keseluruhan cara hidup, mentaliti, kelakuan dan juga amalan kerohanian yang sudah boleh dilihat adanya percampuran dengan unsur-unsur dari barat. Jadi, tidak hairanlah jika sambutan yang diraikan oleh golongan kristian turut sama disertai oleh umat Islam yang mudah terpengaruh.

Justeru, hari kekasih langsung tidak ada dalam sejarah Islam. Malah Islam sentiasa bersifat universal dan tidak dibatasi waktu, tempat,objek dan juga motif untuk menunjukkan kasih sayang. Hal ini sesuai dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, "Cintailah saudara se-Islam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari). Jadi ikutan siapakah hari kekasih ini? Apabila kita leka, kita secara tidak langsung akan meminggirkan suruhan agama dan lebih kepada mengikut hawa nafsu dan mencari keseronokan hidup. Tanpa kita sedar, rupanya kita menyambut hari pemujaan penganut kristian.

Asal-usul Hari Kekasih

Menurut catatan sejarah, pelbagai kisah yang diceritakan mengenai asal usul sambutan hari kekasih ini. Ada yang mengatakan, sebelum abad ke-17 masihi, masyarakat Rom meraikan Hari Valentine pada 14 Februari setiap tahun sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan mereka. Manakala dalam penceritaan lain, hari kekasih ini diraikan oleh penganut Kristian yang memuja seorang paderi bernama St. Valentine dengan menganggap beliau seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Walau apa pun, jelas sekali ia langsung tiada kaitan dengan hari kebesaran buat umat Islam untuk turut sama meraikannya.

Allah telah berpesan kepada hamba-Nya, amal buruk jangan dikerjakan tidak kira dalam apa jua bentuk kelakuan sekalipun tetapi manusia sering melakukan sebaliknya. Apa-apa yang dilarang, itulah yang dibuatnya. Sama ada disebabkan ceteknya ilmu agama atau kerana terlalu mengikut hawa nafsu, jawapannya ada pada diri sendiri. Yang pasti, sambutan hari kekasih sudah menjadi trend dan mereka yang tidak meraikannya dipandang kolot dan 'out dated'.

Hakikatnya, sifat manusia ini lemah. Mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat yang sengaja ingin memusnahkan dan melemahkan pegangan umat Islam. Golongan yang tidak senang dengan kehebatan Islam cuba merosakkan budaya dan akidah walau dengan apa cara sekalipun. Jika kita perhatikan, sebelum tiba tarikh 14 Februari, sebilangan besar media massa di seluruh dunia berlumba-lumba menyiarkan tentang kemeriahan menyambut hari kekasih, pasaraya dan pusat membeli belah pula membuat promosi besar-besaran dari segi hiasan, potongan harga dan juga tayangan filem-filem cinta bagi membesarkan lagi sambutan hari kasih sayang ini.

Sebagai umat Islam yang diwajibkan patuh pada ajaran Islam dan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah, tinggalkanlah perbuatan yang sia-sia ini. Ia bukanlah hiburan yang boleh mengembirakan hati kita malah memesongkan akidah. Kita wajar tahu yang beramal mengikut sesuatu yang bertentangan dengan suruhan Allah itu boleh menjejaskan akhlak, akidah dan juga keimanan kita terhadap Allah SWT.

Tiada istilah menyambutnya sekadar suka-suka. Keterlibatan kita dengan sambutan hari kekasih yang jelas khusus untuk golongan kristian sudah dikira salah malah jatuh kepada perkara haram kerana menggalakkan pasangan berdua-duaan dan menyalurkan rasa kasih sayang diluar batas syariat. Walau bagaimanapun, bagi yang sudah berkahwin, amat digalakkan berkasih sayang tetapi janganlah membesar-besarkan tarikh 14 Februari sebagai hari yang istimewa buat diri dan pasangan tetapi jadikan setiap hari adalah hari kekasih. Selain memperolehi kebahagiaan, kita juga diberi ganjaran pahala di atas amal kebaikan yang dilakukan setiap hari.

- Artikel dari iluvislam.com

**renung2kan..


Friday, February 4, 2011

Demam Vietnam..

Assalamualaikum...Sin Chao...hello...

Semasa sy menaip entry ni saya berada di Vietnam, ada family holiday..Xd plan pun nk g Vietnam sampai angkut bwk smua 1 family, actually my mum sorg je, coz my mum bwk group from legal firm holiday to Ho Chi Minh City Vietnam...

Saya berkesempatan jugak menyinggah ke blog ni, coz after prayed trs bkk my lappy dgn mood x berapa sihat..demammm...huhu...x bestnye nk berjalan tetibe demam lak...adusss...Dpt taip sikit kt blog ni pun jadi lah..haha

Hari ni dah hari ketiga kami di sini..esok flight petang, x igt pukul berapa, akan menaiki ballon ke negara tercinta..haha...

Nak kongsi la sket sepanjang 2 hari kt Vietnam ni, mmg quiet different la, ye la kan tmpt org adat resam dia lain..haha..keluar je dari airport, tgk jln raya dia...x tersusun btul, sesuka hati je dorg nk msk simpang, n transport utama dorg,dorg guna motosikal..murah gler harga moto kt sini, my dad ckp harga dia around USD400..kira klu convert wet malaysia around RM 1400 cm tu..kira murah la kan..that's y la dorg ni byk guna motor..yg guna kereta ciput je...teksi lak guna kereta toyota, yg teksi besarsket guna innova toyota..ntah btul ke x sbut, tp lantak lah..haha..

Kalau dorg naik moto lak, pling normal kita naik 2 org je kan, pling2 pun 3 org(2org besar ke, n bdk kecik/baby duk kat dalan bakul motor tu)..Kalau kt sini, dorg naik 3 org pling minimum..bukan yg 2 org besar 1 org kecik..ni yg saya tgk tiga2 org besar..dan saya pernah tgk sampai 4 org org naik 1 motor..my tour guide ckp pling max sampai 5 org..mmg terkejut gler dgr, their police x saman pun, even byk sgt motor yg nmpak agak 'kucar-kacir' tp x nmpk lak accident, tp mmg bahaya kot klu keadaan malaysia buat mcm ni..

Sorry sebab x dapat nk upload gmbar2..insyaallah klu berkesempatan akan di'upload' gmbar ye..

Tham bit..
Good bye..

Slime Always
=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...